Header Ads

13 Check List Daftar KKM



Tak apa jika ada yang tak setuju pasal statement saya mengenai KKM . Saya bukan bermaksud nak sokong atau blame mana-mana pihak .Ya semua owner tahu kene daftar produk sebelum menjual . Tapi kami terkilan kenapa sistem sangat lembap 6 bulan ? Dah tahu ia suatu keperluan , percepatkan proses . Saya yakin berjuta owner akan daftar produk ! Tapi ada juga yang dapat kelulusan cepat . Tak best dengar ! Sangat tak adil ya ! Bangsa sendiri taknak tolong .

Ya tahu nak jaga keselamatan pengguna . Tapi kalau betul , kenapa bila terima laporan dan aduan baru nak pergi serbu ?? Pergi lah hari-hari serbu tu hah supermarket dan farmasi-farmasi besar . Ada banyak kot produk pejam mata tak berdaftar . Kata tujuan nak jaga keselamatan pengguna .

Ada kelulusan MAL juga belum tentu selamat . Bila seorang owner tu submit KKM . Ada 13 check list dokumen untuk daftar KKM . Meh saya sebut kat bawah :-


  1. attachement batch manufacturing formula
  2. in process quality control
  3. finished product specification documentation
  4. stability data documentation
  5. particular of packaging
  6. label (mockup)
  7. product data sheet / characteristics / patient information leaflet
  8. protocol analysis
  9. certificate analysis
  10. specifications & certificate of analysis active ingredients
  11. other supporting documents
  12. full ingredients

Semua di atas boleh dibuat sendri dan diubah ikut citarasa nak tulis apa . Copy paste . Bahan ubah sikit-sikit . Lab test pula kita buat sendiri . Bukan makmal KKM buatkan . Kerajaan takde dana yang cukup lah nak wat lab test untuk owner produk . Banyak kelompangan boleh berlaku kat situ . Masa nak anta lab test , bagi je lah bahan lain . Berapa banyak ye produk ada KKM yang ditarik balik kelayakan ?? Dah ramai telan baru tarik . Saya hairan .

Pasal skincare pulak , NOT tu cuma notifikasi . Mengikut standard "HARMONISASI ASEAN" . Belum tentu lulus ujian makmal dan bahan merbahaya . Untuk apply sangat mudah sekacang ABC . Tulis je lah bahan apa nak tulis . Submit ke KKM . 3-5 hari dapat no NOT . Lab test ? Mana ada !

Entah lah . Jika ya nak jaga keselamatan pengguna , berlaku adil ! Kita bukan nak blame sesiapa . Tapi dengar lah keluhan kami sikit as rakyat . Berlakulah adil dan berani bersuara !


Tips by Sofea Ilias

No comments

Powered by Blogger.