Header Ads

Nasihat Jack Ma, Pengasas Alibaba

Jack Ma merupakan pengasas Alibaba. Pada usia 51 tahun, beliau berjaya membawa syarikat beliau, Alibaba ke peringkat global. Beliau menjadi orang China pertama menjadi cover majalah Forbes. 2014, beliau dinobatkan sebagai orang No 1 terkaya di China dan 18 terkaya di dunia. Menurut Bloomberg Billionaires Index, kekayaan Jack Ma mencecah USD 29.7 Billion.


Dalam sebuah talkshow di Korea, beliau memberi nasihat yang sangat berguna kepada anak-anak muda yang bercita-cita untuk menjadi usahawan.

1. Sebelum berusia 20 tahun, jadilah pelajar yang baik. Jika Anda memang ingin menjadi entrepreneur, belajarlah sedikit-demi-sedikit. Jika Anda ingin belajar ‘entrepreneurship’, lakukanlah sebanyak-banyak kesalahan. Jangan risau, jika Anda gagal, anda mampu bangkit. Jika gagal lagi, bangkit lagi. Nikmatilah proses pembelajaran ini.

2. Sebelum berusia 30 tahun, ikutilah seseorang yang berjaya (mentor). Bekerjalah di mana-mana institusi atau syarikat. Biasaya, jika Anda bekerja di syarikat besar, Anda akan belajar tentang proses – memahami bagaimana sebuah mesin besar bekerja dan Anda perlu menjadi sebahagian daripada mesin itu. Jika Anda bekerja di sebuah perusahaan kecil pula, belajarlah tentang semangat dan cita-cita – bagaimana ia dibangunkan dari titik peluh. Untuk sampai ke tahap itu, Anda akan belajar melakukan banyak perkara dalam masa yang singkat. Sebelum berusia 30 tahun, ianya bukan soal syarikat apa yang anda bekerja tetapi dengan siapa yang anda belajar. “It is not which company you go, but which boss you follow. Because, a good boss teach you differently.”

3. Di usia 30-40 tahun, bekerjalah untuk diri Anda sendiri jika Anda memang benar-benar ingin menjadi seorang entrepreneur.

4. Di usia 40-50 tahun, Anda harus fokus pada kemahiran & pengalaman yang benar-benar Anda telah kuasai. Jangan cuba-cuba mencari minat dan menambah kerja baru. Masa yang Anda ada adalah terlalu singkat sebenarnya dan jika Anda fokus, sebenarnya Anda dah ditakdirkan untuk BERJAYA,

5. Saat usia Anda 50-60 tahun, bekerjalah untuk generasi muda akan datang, kerana mereka mampu melakukan yang lebih baik daripada apa yang Anda mampu. Bergantunglah kepada mereka, melaburlah kepada generasi muda ini dan pasti mereka melakukan yang terbaik.

6. Saat usia Anda di atas 60 tahun, habiskanlah waktu untuk diri Anda sendiri. Nikmati semuanya, bersenang-senanglah.

Dalam talkshow yang sama, seorang pemuda bertanya kepada Jack Ma tentang apa yang paling dikesali dalam hidupnya. Jawab beliau,

“Tidak banyak yang aku kesali, kecuali soal masa dan privasi. Aku menyesal kerana bekerja terlalu keras sehingga sangat kurang masaku bersama keluarga.”

Kredit: SembangNiaga

No comments

Powered by Blogger.