Header Ads

Design logo syok-sendiri guna "word" dan "paint".


Kalau rasa logo diatas cool, anda boleh baca ayat yang seterusnya. Ni logo rasmi Ema untuk project Veto Signature. Veto Signature diberi tanggungjawab untuk mengkaji penggunaan ramuan semulajadi terhadap sabun penjagaan muka. 

Motto mereka adalah "Homemade Treasure". Apa-apa yang melibatkan Veto Signature wajiblah bermula dari rumah. Segala macam harta karun yang tersembunyi semuamya bermula dari dapur. Kat logo tu sendiri dah tunjukkan pemakaian "apron". Lantas, dalam benak fikiran, seorang suri rumah atau sesiapa yang memakai apron amat sinonim dengan dapur. Maka, terhasillah logo tersebut.

Well, tu sedikit sebanyak tentang bagaimana idea logo tu mula berkembang. Sebenarnya, tu cerita melalut je. Hahahaaa... Apa yang Ema nak share hari ni adalah cara mudah untuk design logo. 

First thing first of all sebenarnya anda perlukan...


1) Sekeping kertas dan sebatang pensel

Anda duduk de-diam kat satu sudut rumah, nak lagi best sila duduk di bawah pokok yang lebat daunnya serta buahnya. Pegang pensel dan fikirkan sesuatu yang related dengan logo yang akan anda lukis. Katakan anda nak buat logo untuk tukang jahit, mungkin boleh start melukis dengan gunting, jarum atau benang. 

Contoh logo Veto Signature: cuba perhatikan huruf S. S for sexy, S for success. So terfikir nak buat curve perempuan. Well you know how the curve looks like. Hehee



3) Transfer lukisan ke Microsoft Word

Disebabkan terer guna Word, Ema draw semula logo dengan line dan shape yang ada kat Microsoft Word tu. Heheheee... Seriusly its fun. Ups maaf cara ni untuk orang yang dummies edit kat Adobe PhotoShop macam Ema okkee, so tak payah nak mengumpat mengata belakang lahh ye. Hahahaa...



3) Print Screen dan Paste di Paint

Bila dah paste tu pepandai lahh crop supaya logo lebih kecil dan tak sepah-sepah. Ni bahagian paling best, kita belakang match kaler. kalau rasa warna tu tak okke, boleh je nak tukar lain. Untuk Veto Signature, Ema memilih warna tema hitam, kelabu dan pink. Ehhh kenap warna tu? sebab itulah warna apron yang Ema pakai masa memula niaga laicikang tepi jalan. Hehehee...



4) Setting PNG guna Adobe PhotoShop

Paling mudah, set JPEG je. Tapi kalau nak set PNG, nak taknak memang kena guna khidmat Uncle Adobe. Kalau nak tahu, Ema guna diorang untuk crop gambar type PNG je. Kalau button lain, hampehhh tak tahu. Kih Kih Kih...  Dah siap dah pun logo Ema . Saja buat palang, kononnya nak buat hak terpelihara. Ok tak?? Kalau okke, jangan lupa tinggalkan pesanan, kita sama-sama belajar tau.

1 comment:

Powered by Blogger.