Header Ads

Apa itu Sleep Paralysis ?


Bangun tapi tidak bernyawa



Kebanyakan pesakit akan cakap benda yang sama.  Cuba bayangkan macam mana rasanya bila minda sedar dan kita tahu apa yg berlaku di sekeliling kita tapi badan tak boleh bergerak.

Yes rasa seperti terperangkap dengan diri sendiri.


Kadang kala lebih menakutkan dari nightmare




Sleep paralysis ni juga termasuk dalam sejenis parasomnia (nervous system tak bertindak dgn normal masa tengah tidur).  Bila kita rasa nak tidur je, otak ni akan bagi arahan kat voluntary muscles (pergerakan yg dikawal oleh kemahuan seseorang) dalam badan kita untuk berehat and masuk ke fasa lumpuh yang dipanggil atonia (keadaan dimana otot kekurangan tenaga).  Atonia ni lah yang membantu melindungi badan kita dari cedera masa tengah tidur dgn cara menghalang kita dari bergerak masa tengah bermimpi.  Alah pernah rasa kan mimpi naik kuda lah pastu terbang jadi burung pastu tetiba lawan dengan Jackie Chan pulak.  Macam real je kan rasanya padahal org tengok awak tidur mati tak bergerak lansung.

Sebagai contoh untuk pesakit sleepwalking ni, atonia tak bertindak dgn betul so kita punya voluntary muscle masih bergerak masa kita tengah tidur.  Thats why ada pesakit boleh bangun dari katil pastu pergi dapur bukak peti ais lah, berjalan naik turun tangga dan sebagainya even though mata tertutup.

Sebaliknya bagi pesakit sleep paralysis, badan mereka masih berada dalam fasa lumpuh tapi otak dia dalam fasa sedar.  Pesakit diberi amaran dalam keadaan sedar fana tapi tak boleh gerakkan otot badan mahupun bercakap.  Walaupun pergerakan otot di luar kawalan, nafas diorang tak diganggu, just sesak nafas je.  Sebab tulah pesakit yg akan tercungap2 lepas bangun dari sleep paralysis ni.


Boleh jadi sama ada masa nak tidur atau bangun tidur



Sleep paralysis boleh berlaku antara dua sleep cycle (nak bangun atau nak tidur).  Lepas badan kita masuk ke fasa nak tidur, kita akan bangun secara automatiknya but for sleep paralysis, badan tak ikut peralihan dalam sleep cycle dgn normal dan ia dipanggil Hypnagogic Sleep Paralysis (nak tidur) dan Hypnopompic Sleep Paralysis (bangun tidur).  Unfortunately, kenapa badan tak boleh buat peralihan dalam sleep cycle tu is still UNKNOWN.


Sleep paralysis boleh menyebabkan halusinasi



Tak macam nightmare atau lucid dream (kita tahu yg kita tengah bermimpi), ia berlaku masa mata kita tertutup.  Kita pun tahu yg halusinasi ni berlaku antara sedar dan tidak sedar dimana minda kita masih alert dgn keadaan sekeliling dgn mata yg terbuka.  Pesakit sleep paralysis tak mampu nak gerakkan badan diorang tapi masih mempunya minda sedar.  Sebab tulah diorang akan cakap rasa macam ada orang, dengar bunyi pelik2 and nampak 'something'.  Tu yang selalu buat panik and palik teruk ada yang dapat heart attack.  Dont you think its scary ?


Tak boleh paksa diri untuk bangun



First time kena, badan memang lumpuh habis dan boleh berlaku sampai few minutes (not more than hour) tapi bila dah selalu kena, korang tahu nak handle dgn cara gerakkan part of your body macam jari kaki or tangan melalui paksaan minda sendiri but seriously its not that easy.  Macam mana rasanya ? Rasa macam tengah berperang dgn diri sendiri.


Sleep paralysis ialah phenomena semulajadi dan boleh berlaku kat sesiapa sahaja


Bila kena sleep paralysis ni, setiap pesakit akan dapat tahap kepenatan dan kesedaran yang berbeza. Its depend on kebolehan diorang untuk melawan benda tu.  At least, setiap orang akan alaminya sekali seumur hidup tapi diorang tak perasan yang benda tu adalah sleep paralysis.  Boleh kata ia benda yg normal bagi kalangan muda atau sesiapa yg ada sejarah penyakit mental hmmm...



Ia mungkin berpunca dari kurang tidur

Berdasarkan pengkaji, kurang tidur dan penat antara punca seseorang boleh kena sleep paralysis atau paramsomnia yg lain.


Cuba elakkannya dengan mendapatkan tidur yang lena dan panjang




Kurang tidur boleh dinilai dari segi kuantiti atau kualiti. Contoh bila kita cuba bangun dari tidur sebab sesak nafas, ia menjejaskan kuantiti tidur kita.  Bila kita minum banyak alkohol (contoh je tau), tidur jadi tak lena so ia menjejaskan kualiti tidur kita. Paham tak apa yang cikgu cakap ni ? haha okay so bila kita mengalami sleep paralysis, pastikan korang cukup tidur dan tak buat apa-apa yang bolehkan jejaskan kualiti tidur. Pakar ada mencadangkan supaya kita mencatat semua cara tidur yang tak normal macam sesak nafas, tidur berjalan ataupun bercakap/tergelak semasa tidur.  tanya lah kawan yang tidur sama kalau diorang perasan. At least if become worse, korang boleh bawak pergi jumpa pakar. okayyy


Masih tak tahu punca sebenar kejadian




Researcher pun taktau punca seenar benda ni sebab tu most of the patients taktau nak buat apa.  Tertekan, kemurugnan, pengambilan ubat-ubatan tertentu mungkin boleh jadi penyebab benda ni. Kita cuma tahu ia terjadi dengan sendirnya or maybe dia nak bagi petunjuk yg kita ni ada masalah tidur. Sampai sekarang masih takde penjelasan sebenar kenapa benda ni boleh jadi.


Phenomena pelik ni dah dikaji sejak dahulu lagi

Akaun pasal sleep paralysis ni boleh jumpa dalam file perubatan di Persian since abad ke 10 lagi. Kajian mula dibuat oleh Dutch pada tahun 1664 selepas mendiagnosis seorang wanita berumur 50 tahun yang mengalami "Night-Mare".  Diorang percaya yg nightmare ni berpunca dari semangat jahat dan sampailah abad ke 19, ia dinamakan sebagai "sleep palsy" dan then menjadi "Sleep Paralysis".


Menjelaskan tentang lukisan terkenal Renaissance



Lukisan Swiss Painter Henry Fuseli's katanya mendapat idea dari roh mimpi.  Tetiba lukisan ni mendapat minat para doktor untuk mengkaji pasal sleep paralysis.  That creature (muka macam monyet and called as Gemlin) membawa maksud adanya chest pressure.  Sesiapa pernah rasa macam badan kena hempap masa tidur tu, tak rasa ke korang sebahagian dari mereka ? Maybe.....


Orang kaitkan sleep paralysis ni dengan sihir, hantu dan UFO



Pakar seluruh dunia masih cuba nak jelaskan dan mengkaji kejadian ni tapi dengan mengikut budaya dan kepercayaan masing-masing.  Entahlah Vv pon tak tahu hmm...


Tiada bukti yang ia boleh membunuh

Researcher cakap yg sleep paralysis ni tak merbahaya dan tak menyebabkan kecederaan fizikal.  So far pon memang takde rekod kematian pasal sleep paralysis.  Kalau cuba pandang dari sudut positif, mungkin benda ni nak ajar kita supaya jadi berani and menjaga waktu tidur dgn baik *sangka baik*

and no matter what science says, just try imagine yourself in their situation....



No comments

Powered by Blogger.