Header Ads

Apa Fungsi Headline ?

Case Study – Ubah Headline, Jualan Meningkat 3 Kali Ganda.

Fungsinya ialah menarik perhatian target market yang dituju.

Ia perlu menjadi ‘filter’.
Hanya target market yang dituju sahaja, perlu ditarik perhatian.
Yang lain, abaikan.

Lagi spesifik headline tersebut, lagi bagus.

===
Jenis headline yang selamat
===

Ini jenis headline yang newbie boleh cuba.

Sangat sesuai untuk newbie kerana ia tak susah untuk ditulis.


Tulis headline jenis soalan.

Contoh produk : Ubat resdung

Contoh headline:
” Tengah cari ubat resdung ? ” atau
” Asyik bersin pagi tak henti-henti ? ”

Tanya soalan yang ada kaitan dengan masalah target market.

===
Contoh Klien yang Lepas
===

Ini contoh untuk mudahkan anda faham.

Produk : Baju Kurung Fishtail
( Kaum Adam, pergi google kalau tak tahu ini apa smile emoticon )

Headline asal :
” Cari baju kurung ? ”

.
Headline yang diperbaiki :
” Cari baju kurung fishtail ? ”

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi,
jualan meningkat 3 kali ganda.

Hanya dengan menyatakan dengan spesifik di bahagian headline,
jualan dapat ditingkatkan dengan mudah.

===
Kenapa jadi begitu ?
===

Headline pertama berbunyi ” Cari baju kurung “.

Headline ini menarik perhatian peminat
baju kurung yang bermacam-macam jenis.

Yang minat baju kurung Pahang pun klik.
Yang minat baju kurung Kedah pun klik.
Yang minat baju kurung moden pun klik.
Yang minat baju kurung fishtail pun klik.
Dan seterusnya.

Akibatnya, kita mendapat trafik yang tak targeted.

Kalau 100 orang yang klik, barangkali hanya beberapa saja yang betul-betul minat dengan baju kurung fishtail.

Berbanding dengan headline kedua :
” Cari baju kurung fishtail ? ”

Yang ini sudah dinyatakan siap-siap di bahagian headline.

Maka, yang minat baju kurung fishtail saja yang akan klik.

Maka, kita dapat trafik yang targeted.

Jualan lebih mudah berlaku sebab mereka memang berminat.
Kos ads kita pun tidak terbazir kerana iklan diklik oleh orang yang minat.

The moral of the story :
Jangan tulis headline yang terlalu umum.
Lagi spesifik lagi bagus.

Now go sell something.

” Bukan suatu perkara yang pelik untuk berlaku. Dengan hanya mengubah headline, jualan dapat ditingkatkan 5-10 kali ganda. “
– Kata lagende copywriting, Claude Hopkins, dalam buku ‘ Scientific Advertising ‘

No comments

Powered by Blogger.