Header Ads

15 Idea "Dating" yang Sempoi

Dating tak semestinya untuk pasangan bercinta. Boleh jadi suami isteri pun ber-dating juga kan. Istilah dating juga boleh digunakan dengan kawan-kawan rapat kita. Apapun, bagi yang belum berkahwin, jagalah batas pergaulan tu walau dimana jua kita berada.


Pergi dating bukan benda remeh - keseronokan, fun, nerves dan kebanyakkan perkara yang dibuat masa dating akan melibatkan duit poket. No money no talk! Great dates don't have to cost a fortune (or really anything at all). Di bawah ni ada beberapa perkara best yang boleh dibuat bersama time berdating. Yang penting, cinta dan rasa sayang tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dinikmati.

1. Mendaki Gunung

Cari gunung or bukit paling hampir dengan kawasan kediaman. Kita namakan aktiviti sebagai "Pendakian Cinta Rasa Sayang" feel macam zaman remaja. Hehehee.. Ayam belum kokok lagi, kau dah start panjat, tengok sunrise. Meletops gambar instagram korang nanti tau!


2. Pilih mana-mana kawasan secara rambang

Kita pilih untuk jadi pelancong kat tempat yang dipilih. Naiklah bas atau train, kereta yang ada simpan kat garaj untuk hari ini. Get off a random stop yang kita tak biasa dan tak pernah ambil tahu pun. Kompom best sambil main cak-cak-ba menerokai tempat baru. Kan??


3. Konsert Free , ada tak?

Tak kisahlahh kat mana pun kita tinggal, selalunya akan ada konsert yang free. Tak semestinya konsert, kadang tu ada persembahan Hari Guru, pertandingan karaoke peringkat kampung Wak Demang, Jualan Murah Peringkat Dun Tengah... ehh macam dah lari topik konsert je. Ehh takpe, sebab kita nak buat ala-ala window shopping.


4. Cari tempat makan yang provide makanan FREE

Pernah tak pergi pasaraya, pastu promoter promot makanan baru. Siap bagi samples makanan yang dah siap cucuk dengan lidi. Kalau maggi pulak, siap letak panas-panas dalam cup. Ehhh makan lah sesama sampai puas, sempoi tau.. (promoter tengok jeles oi, haha!)


5. Pergi Musium atau Gallery Seni

Selalunya muzium ni offer masuk secara percuma. Pelawat muzium boleh tahan ramai tapi semuanya senyap! Takde pun yang buat kecoh tau. Kan sini kau ada chance nak ada private dating time berbual dengan lebih fokus. Sambil-sambil menimba ilmu sejarah kan??


6. Berkelah di pantai

Ambil nafas dalam-dalam dan hembus keluar sambil menikmati alam ciptaan-Nya. Lepas tu buatlah istana pasir, rumah impian lepas berkahwin. Jangan lah malu cakap ni macam budak-budak. Kalau cover macho sangat nanti orang meluat tau! Kalau dah tua buat macam ni selalu boleh awet muda. Oh ya, tepi pantai jangan lupa main bola tampar dan layang-layang ya!


7. Movie Marathon

Banyak juga movie lama yang best tapi belum sempat tengok. Kena ada hard-disk, laptop dan charger. Kita lepaklah kat McD ke, kedai mamak ke, library atau mana-mana yang boleh lepak sampai lebam layan movie. Tu kalau nak feel tempat lain la. Tapi kalau nak golek lentang, layan kat rumah je la. Hihi


8. Pakai lawa-lawa pergi open-house yang mewah

Tuan rumah dah sediakan makan sampai pengsan. Apakata kita dating ber-jam kat sana. Tak perlu risau lapar sebab tengok kiri makanan, tengok kanan pun makanan. Toilet pun dekat kan. Wahhh bahagianya hidup... Isteri ambil cuti memasak kat rumah, suami kena la cari tempat macam ni. Tempat sesuai untuk kawan-kawan bujang yang kompom malas masak dirumah.


9.  Berkhemah di belakang rumah

Ini sangat comel! Hahahaa... mana-mana rumah yang ada kebun belakang rumah, boleh cuba aktiviti ni. Dulu zaman kanak-kanak, kita berkhemah dengan adik belakang rumah. Apa kata, bila dah kahwin ni, sesekali buat khemah, siap ada unggun api lagi. Jangan sampai terbakar khemah dah la ye!


10. Pergi padang bola jaring dan jaringkan gol cinta anda!

Suami isteri ni kira dua team la ye. Kena rebut bola tu, tengok siapa jaringkan gol paling banyak. Siapa kalah kena denda! Mungkin satu ciuman mesra di pipi ke. Hehehehe.. Untuk yang bujang, mungkin boleh denda belanja teh tarik kurang manis ikat tepi satu!


11. Download aplikasi karaoke

Apakata kita feel-feel macam Siti Nurhaliza dengan Dato K. Walaupun suara kita tak sehebat diorang, dah tentu tak menjadi masalah kepada pasangan yang menyintai kita kan. Kawan-kawan disekeliling kita dah memang terima kita seadanya. Best juga bila nyanyi tu, hujan turun dengan lebatnya. Hujan rahmat tu...


12. Test drive kereta impian

Walaupun kita gaji seciput, tak salah rasanya menyimpan angan. Sesekali pergi lah mana-mana showroom kereta idaman dan test drive dengan meroketnya. Boleh jadi hal ini menjadi sumber inspirasi kepada pasangan untuk berusaha lebih gigih untuk mencapai impian. Apapun semua dengan izin-Nya, insyaAllah...


13. Main game "True" or "Dare"

Uishhhh kita imbau semula game ni, dulu main masa zaman sekolah. sekarang main game dengan suami/isteri kita. Boleh tanya macam-macam perkara tanpa sempadan, kalau kena "Dare" pun apa nak risau, awak dah jadi hak dia yang sah. Game ni kompom akan belajar sesuatu pasal pasangan kita, moga bahagia ya!

14. Buat perkara-perkara jelik, luar dari kebiasaan

Yang ni banyak, tapi kita sebut satu je la. Yang lain tu, kau pandai pikir sendiri ya. Contohnya: Isteri makan kacang lepastu cuba hembus kuat-kuat, GOL!!! sebab kacang tadi tu meloncat masuk ke mulut suami. Romantik kan?? Dah la melucukan. Hahahaaa jelik sungguh. Jangan buat depan anak-anak, nanti jadi ikutan pula. Hehehe...


15. Gotong-royong di rumah

Janganlah harapkan isteri je yang kemas rumah dan memasak untuk suami. Bila hari cuti ni, kita buatlah sama-sama. Hubungan pun dapat dieratkan. Habis bergotong, masak pun sama-sama, sangat bertolenransi dan pasangan akan lebih menghargai. Aktiviti ni juga sesuai dibuat oleh si bujang, sesekali member tolong kemas rumah ye tak?


No comments

Powered by Blogger.