Header Ads

Elakkan Berbisnes Dengan 3 Makhluk Ini!


Dah macam minah stalker pula Vv harini, boleh katakan setiap hari melawat page Sofea Ilias. Hahahahaa... aku nak belajar, walupun umur dah 25 tahun, banyak lagi benda yang Vv kagum dengan Sofea Ilias ni. Umur baru 20 tahun tapi banyak pengalaman berniaga.

Tips hari ni, Sofea tekankan jangan buat bisnes dengan 3 jenis manusia disekeliling kita. Elakkan!!! Kalau ikut pengalaman aku, ada benarnya... termasuklah pengalaman kerja dengan orang yang hebat berniaga macam Akmal Dahalan (aku yakin dia bakal Dato' satu hari nanti), Ridhwanul Hanif (pengumpul emas hebat), Kays Lim (salah seorang sifu aku), Pian (tauke timbang tersohor) dan banyak lagi lah. Apa yang Sofea cakap ni ada benarnya.

Post on 11/6/2015

Hmmm... apa pun kita kena berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Bagi aku, berniaga ni macam gambling life kita. Bila silap langkah, punah semua. Sebelum nasi menjadi bubur, banyakkan belajar dari pengalaman dan ambil iktibar. Belajarlah dari otai-otai, sentiasa merendah diri. Walaupun perniagaan sudah mantap, ingat, kita hanya bilis. Masih ada paus diluar sana, ingat tu ya! 

No comments

Powered by Blogger.