Header Ads

Buat papan tanda simple gunakan Kapur Fluorescent

Bahan utama Ema adalah fluorescent chalk@ kapur dan papan hitam/board hitam.

Kapur adalah suatu alat untuk menulis di papan tulis yang biasanya di gunakan di papan tulis hitam . Bagi kes Ema, kapur digunakan untuk membuat seni lukisan. Walaupun tak pro, tapi kami still rasa bangga sebab lukisan kapur akan dijadikan papan tanda kedai. 

Jeng, jeng, jeng...

Pelik tak? Apa sebenarnya Ema nak buat ni kan? Ok takpe, kita start pelan-pelan ya..........

1) Mulakan lakaran dengan bacaan Bismillah.... apa sahaja benda yang dilukis adalah benda yang difikirkan secara sepontan. Tak perlu nak nak buat draf bagai. Be simple oke.

Lebih kurang macam ni lah rupa kapur floprescent kalau dilihat dari dekat. Tak sampai hati nak tunjuk Ema punya sebab banyak yang dah patah tengkuk. (Ahaks!)

2) Bila dah siap lukis, jangan lupa ambil gambar. Orang yang kuat selfie memang akan ambil gambar apa sahaja depan mata. Heheheee... Tu nampak tak tu kapur yang Ema guna? Agak-agaknya board ni nak letak kat mana ya?? Jangan terkejut plak tau.

3) Hah! Nampak tak tu permainannya? Rupanya board tadi diletakkan di sebelah pintu masuk Vendor Boutique Moya Louisa. Operation hours dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Ups, baru perasan lupa letak hari. Ok kedai buka dari Isnin sampai Sabtu sahaja. Jemput datang ya!

Kalau anda berniaga online, boleh je kalau nak letak barang-barang anda kat sini. Boleh refer website Moya Louisa

Butik cawangan Senawang terletak di No. 328, tingkat 1, Jalan Senawang 17, Senawang N9.
Powered by Blogger.