Header Ads

Dari Makam Raja Melewar ke Johor Premium Outlet


Muzium ni terletak di Negeri Sembilan, somewhere in Kota, Rembau. Kalau dari seremban, ambil masa lebih kurang setengah jam nak sampai.


Hari ni, Ema dan sahabat, Wani dan Fara otw nak pergi USS.  Singgah ke sini untuk makan tengah hari di rumah Wani dan kebetulan rumah dia dekat sangat dengan makam ni, lebih kurang 5 minit je. Sempat lagi kami berjumpa member lama, Fizah.
Lepas lunch semua, kami gerak ke Makam Raja Melewar. Sedap mak Wani masak.
Tadaa... ni lah rupa Replika Istana Raja Melewar merangkap Muzium Raja Melewar.
Sebelah kiri gambar ni ada padang rumput yang agak besar. Pintu kayu berukir ni berusia 100 tahun ya. Halus je ukiran dia. *Pintu ni memang sengaja dibuat rendah ye supaya sesiapa yang melaluinya kene menunduk sedikit dan dianggap menghormati tuan rumah. Sempat la posing-mosing dalam makam ni.

Agak-agak dah 15 minit kami berlegar dalam tu, kami pun meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. Sempat lagi singgah ke Johor Premium Outlet. Banyak barang branded yang dijual lebih murah ada disini. 
Lepas JPO, terus bergerak ke Hotel Sentral Johor, gi makan kat Seafood Kampung Senibung. Lepastu nak rehat puas-puas. Ni la dia satu hari perjalanan, esok satu hari di USS. Rehat mesti cukup, barulah pengalaman berjalan berkualiti. Bye*** Nak baca travelog ke USS? Sila tekan Bergembira di Universal Studios Singapore
Powered by Blogger.