Header Ads

Meng-edit video doodle gunakan Microsoft Word


Last time Ema ada share tentang buat pelbagai software untuk buat design, termasuk la kelebihan buat design guna Word. Kena baca entry tu terlebih dahulu, then barulah baca entry ni tau. Kalau tak, nanti tak faham pula nanti.

Seperti biasa, Ema seorang yang sangat suka gunakan Word untuk proses buat design. Tambah menarik bila Ema juga gunakan Word untuk edit video. Jangan salah faham, Word tak boleh buat dan publish video, tapi dia boleh edit slide atau gambar tertentu yang akan digunakan untuk buat video tersebut. Jika anda nak guna Power Point pun ok juga. Lebih kurang je step nya.

***********************************
Berikut merupakan step one by one yang akan Ema ajarkan kepada anda:

1. Edit apa sahaja design yang anda suka di Word. Gambar dibawah dan seterusnya adalah contoh supaya proses membuat video dapat ditunjukkan kepada anda.

2. Setelah selesai edit, cari button [PrtSc] atau printscreen dan tekan button tersebut. Biasa button itu terletak di keyboard anda, sebaris dengan button [Delete]. Setelah anda [PrtSc], pergi ke [All Program]--->[Assesories]--->[Paint]. Tekan right click dan cari function [Paste].

3. Sekarang Word anda sudah berada di Paint. 

4. Sila crop background Word tadi kecuali dalam kawasan margin mukasurat Word. Maksudnya tinggalkan kawasan putih, mengikut pilihan saiz video yang kita mahu.

5. Lepas dah crop tu, terus save as apa-apa nama dalam bentuk JPEG. Ulang proses 1 hingga 5 sehingga anda mendapat gambar yang mencukupi. Biasanya Ema akan rename gambar tadi mengikut urutan bagi memudahkan Ema menyusun atur gambar. Contohnya Veto 01, Veto 02, Veto 03.... dan seterusnya.

6.  Melalui JPEG yang telah di save, anda akan dapat melihat pergerakan video jika anda klik [Preview] pada gambar dan tekan [Next] secara berulang kali. Berikut adalah gambar yang Ema dah save, ada lebih kurang 50 keping.

7. Seterusnya, pergi ke [Start Menu], cari apa sahaja application untuk buat Movie. Dalam kes Ema , namanya adalah [Windows Live Movie Maker]. Sesetengah laptop atau komputer, anda akan jumpa [Movie Maker] untuk buat video. 

8. Bila dah open [Movie MAKER] tadi, add kesemua photos yang telah anda edit tadi. Ema tekan [Ctrl+A] untuk select semua gambar, jadi tak perlu nak add satu-satu. 

9. Pastu bolehlah nak edit yang lain supaya video jadi lebih menarik. Contohnya nak letak lagu ke, gambar nak berkelip-kelip ke, nak tambah tulisan ke dan sebagainya.

10. Agak-agak dah puas hati tu, anda boleh terus publish supaya video yang keluar dalam bentuk format video (wmp, mp3 dan lain-lain). Lepas tu yeay dah siap! Senang kan?

Setelah publish, anda akan dapat melihat video anda seperti dibawah:


Lepas ni nak buat video senang dah, boleh wish birthday, hari ibubapa, hari guru dan meraikan sahabat anda. Kalau dulu anda rasa orang pro je boleh buat video, dummies macam Ema pun reti juga tau. Hehehee... 

Menarik plak sebab video yang kita buat mempunyai pergerakan yang agak rare. Tak perlu nak software mahal, cukuplah guna apa yang ada. 

Selamat Mencuba!
Powered by Blogger.