Header Ads

Software buat design & kelebihan guna Mic. Word



Macam mane nak buat design ye…? Software apa yang dapat bantu kita buat design ye…? Soalan tu mesti muncul dalam pemikiran sebelum buat apa-apa design. Design untuk baju ke, web ke dan apa-apalah yang kita rasa nak buat.


Di zaman serba moden ni kita boleh dapat macam-macam software yang dapat membantu kita semua buat design. Ok!! Macam-macam software ni sebenarnya sama ada software yang perlu dibayar atau pun anda boleh dapat secara percuma je.

Antara software yang boleh anda guna untuk buat design ialah:
  1. Adobe Photoshop: software yang paling famous yang selalu digunakan oleh orang ramai untuk buat design. Kalau dah biasa guna, memang sangat mudah lah.Yang baru nak start belajar, boleh refer tutorial "Cara guna Adobe Photoshop" yang berlambak-lambak kat internet.
  2. The Logo Creator: membantu sesiapa yang nak buat design logo untuk company, kelab, persatuan dan lain-lain. Software ni mudah je nak guna.
  3. Mac: sesiapa yang ada jenis laptop Mac ni, kau tak payah nak bising sebab Mac dapat selesaikan banyak benda yang berkaitan design. Alignment? Nak tukar gambar? Tulisan stylish? Cakap je nak apa, semua Mac boleh buat sepantas kilat. 
  4. Paint: application free, kompom ada dalam laptop atau komputer anda. Sangat sesuai digunakan oleh dummies, termasuklah Ema sebab tak pandai guna Adobe Photoshop dan Logo Creator. Hahahaaa... Ema gunakan paint untuk melukis doodle ataupun buat grip untuk susun gambar.
  5. MICROSOFT WORD: hmmmm?? Sebenarnya, kebanyakkan design yang ada dalam website ni semua hasil daripada penggunaan "Word". Dah selalu sangat guna Word, akhirnya sampai satu tahap Ema rasa guna Word je yang dapat membantu Ema, senang kacang.
 

Design untuk Vendor Boutique Moya Louisa

Design untuk pamplet Project VetoVirago

Design untuk header website VetoVirago

Design untuk banner Happy Anniversary parent member

Design untuk name card Project VetoVirago

Kelebihan guna Microsoft Word untuk buat design:
  1. Boleh kecik besarkan gambar sesuka hati
  2. Tab> Format> Text Wrapping... banyak membantu untuk letak gambar teknik tindih
  3. Boleh undo seberapa banyak yang boleh
  4. Bila dah siap design, print screen gambar letak kat Paint, pastu save
  5. Boleh buat macam efect kat gambar guna Format> Pictures Effect. Ema suka oi! Nak ada bayang ke, nak glow ke, nak 3D pun boleh...
  6. Kalau nak edit macam-macam kat gambar, pastu nak tekan undo pun macam terundo banyak kali, tekan je 'reset picture'...senang! buat balik...hihi
  7. Boleh terus edit gambar nak bright ke, nak contra ke... dah boleh gantikan function Microsoft Office Power Point.
  8. Boleh buat background imej, tekan imej pastu klik 'behind text' automatik jadi background. Edit la gambar camne pun lepas tu, yang background tadi fix je, takde nak lari sana lari sini.
  9. Buat grip dengan tepat, sebab ada ukuran panjang lebar setiap kali kita klik gambar
  10. Dan banyak lagi kelebihannya.
Ok sekarang nie tentu anda dah dapat idea nak guna software apa kan! Semoga berjaya.
Powered by Blogger.