Header Ads

Meneroka dunia laut Aquaria, bajet puteri duyung.

Meneroka dunia laut Aquaria, bajet puteri duyung.

Jenjalan ke Aquaria KLCC ni lebih kurang beberapa bulan yang lepas. Teringin nak pergi tempat yang penuh dengan ikan. Tenang je nengok ikan renang-renang. Lupa sekejap pada masalah.

Aquaria terletak di sebelah bangunan KLCC. Kelebihan Aquaria ni sebab dia ada kolam besar tau. Ada memacam jenis ikan menarik termasuk jerung, ikan pari gergasi dan penyu gergasi yang sangatlah comel. Selain itu Aquaria juga ada terowong laut (sea tunnel) yang boleh tengok macam-macam jenis hidupan laut berenang bahagia.
HARGA TIKET
Harga tiket untuk dewasa RM 38 seorang, manakala untuk kanak-kanak pula RM 28 seorang. Kanak-kanak adalah kategori umur 3 tahun hingga 12 tahun.

TOUCH POOL
Antara lokasi menarik adalah Touch Pool, tempat di mana kita boleh pegang semua benda. Kolam tu dalam juga, basah tangan sampai ke siku. Boleh pegang tapak sulaiman, ketam, gamat, shark, ikan pari, belangkas dan macam-macam lagi lah. Shark yang boleh dipegang tu, jinak tau. Tak gigit orang.

***
Aquaria ni tak lah besar sangat. Sekejap je dah boleh cover semua. Oklah, rasanya itu sahaja Ema nak share. Nak sambung belek-belek gambar kenangan masa berjalan tadi. Lalalaa...

Powered by Blogger.