Header Ads

Monster Fun: Realisasikan idea phone casing uols

This is the best part in this Project "Simple Ways to Have Fun" bilamana Lisa dapat merealisasikan impian dan idea orang lain. Bukan semua orang mempunyai bakat menjahit seperti Lisa , hehehee... Semua ni belajar daripada emak kami yang merupakan jurutera jahitan (tukang jahit sambilan). 

Tapi boleh je kalau nak belajar dari kami, cuma perlukan masa.

Jadi Lisa jadi pemudah-cara: anda bagi je idea, dan menjadi tugas kami menjadikannya sebagai realiti. Hasilnya, sama-sama kita dapat melihat sejauh mana idea tu dapat berkembang kan.

 

Contoh design, idea dari customer...

Berikut merupakan tempahan paling latest yang dapat disiapkan. Tengok pada gayanya takde langsung ciri-ciri design Lisa yang aneh dan pelik. Kalau tetiba ada design yang girly, ala macam cantik macam comel tu maksudnya design tu datang dari idea customer.

Contoh design, idea dari Vquien Design...

Lisa fleksibel, bagi je apa jenis design, kami akan cuba selesaikan dengan cara paling thorrrbaik dan akan memastikan anda berpuas hati dengan hasil kerja kami.

" Selamat berimaginasi dan hidup dalam dunia yang penuh warna-warni".
Powered by Blogger.