Header Ads

Wajah ibu bersalin makin berseri guna 3 petua ini.


+++ Bersihkan beberapa ranting daun inai. Rebus menggunakan api sederhana sehingga mendidih.
Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

+++ Tumbuk lumat dua kerat lempoyang sebesar ibu jari dan dua sentimeter kunyit hidup. Kemudian rebus dengan dua gelas air dan dua sudu gula merah. Amalkan minum setiap pagi selepas berurut.


+++ Bersihkan secawan beras dan kisar jangan terlalu halus. Kisarkan kunyit hidup sebesar ibu jari. Kemudian bancuh kedua-dua bahan tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka dengan air sejuk dan sapukan bedak ke muka. cara yang demikian dapat membersihkan daki yang melekat. Gosok bedak ke leher dan biarkan kering. Amalkan cara ini tiga malam berturut-turut. 



Sumber: Buku 1001 Petua 2004


Related image

3 comments:

  1. Saya yg tak berkenaan ni boleh try tak?! haha >_<

    ReplyDelete
  2. Wajah ibu bersalin makin berseri guna 3 petua ini.

    ReplyDelete
  3. hye thanks dear, good tips from u guys

    ReplyDelete

Powered by Blogger.