Header Ads

Selain kelopak mawar, 4 petua naikkan seri pengantin.


Kelopak bunga mawar dapat menaikkan seri pengantin

Amalkan memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas Nabi, fatihah dan ayat Nabi Yusuf.

Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga.Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan ke seluruh wajah.

Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tadi ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 - 30 minit. Kemudian bilas. Lakukan sebelum tidur.

Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih teur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata.

Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila sejuk, basuh muka sambil selawat 3x. Amalkan tiga malam berturut-turut dan lihat perbezaannya.

Gunakan tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air sejuk.


Sumber: Buku 1001 Petua 2004



Related image
Powered by Blogger.