Header Ads

4 Tips paling laris untuk kekal menawan & awet muda



Penjagaan sewaktu tempoh berpantang perlu diberi perhatian bagi memastikan badan akan sihat bukan sahaja di luar malah 'di dalam'. Mungkin kesannya tidak terlihat sekarang, tetapi apabila usia meningkat barulah kita dapat rasakan perbezaannya. Badan ibu-ibu yang berpantang akan lebih segar dan tetap kekal awet muda.

Pemakanan jamu dan akar kayu 
Dibuat daripada temulawak, ibu kunyit, daun cekur, temukunci, lempoyang dan daun lemuni. Campuran bahan ini dijemur dan dimesin lumat menjadi serbuk bagi memudahkan meminumnya. Berkhasiat untuk mengemaskan bahagian vagina, melancarkan perjalanan darah, membuang angin dan memanaskan badan.


Mandi 
Dilakukan selepas selesai proses urutan. Gunakan air rebusan daripada pelepah pisang, daun lengkuas, serai wangi, daun pandan duri, halba, daun mengkudu dan daun dedap. Jangan dibuang daunnya selepas mandi sebaliknya tambah air dan rebus kembali. Berkesan untuk menyihatkan badan, awet muda dan mengelakkan sengal-sengal badan.


Bertangas 
Bahan-bahan yang diperlukan untuk bertangas biasa/tangas api ialah halia, lengkuas, halba dan jintan hitam. Kebaikannya ialah untuk mengatasi masalah keputihan dan gatal-gatal pada faraj akibat jangkitan fungus. Selain itu, kebaikan menggunakan tangas batu ialah bagi mengemaskan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah cuka masak dan batu sungai kemudian dipanaskan sehingga keluar wap.


Bertungku 
Dilakukan sebelum dan selesai mengurut. Batu sungai baik untuk dibuat tungku bagi yang melahirkan secara pembedahan. Tungku besi pula digunakan bagi mereka yang bersalin normal. Daun-daun seperti mengkudu, daun sirih dan daun jarak sering digunakan sewaktu bertungku. Kebaikannya ialah untuk mengecutkan segala urat yang kembang, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan rahim yang kembang selepas bersalin.


Pemakaian bengkung 
Sebelum dipakaikan bengkung, sapukan bahagian perut dengan tepel, kapur sirih dan perahan air limau. Mengikat bengkung juga mempunyai tekniknya sendiri kerana si ibu dikehendaki berdiri sepanjang pemakaiannya.Amat berkesan untuk mengempiskan perut yang menggelebeh selepas bersalin, melangsingkan badan serta memanaskan badan.


Mengurut 
Dilakukan selama tiga, tujuh atau 14 hari setiap pagi sebelum mandi. Gunakan minyak urut yang disediakan daripada campuran minyak kelapa dimasak sendiri, serai wangi (memberikan aroma yang wangi), halba, kunyit, halia dan lengkuas. Antara kebaikannya ialah membuang angin, membetulkan urat dan melancarkan perjalanan darah.

Sumber: Buku 1001 Petua 2004


Related image

3 comments:

  1. Baby face lah kita pasni haha ^^

    ReplyDelete
  2. Tips paling laris untuk kekal menawan & awet muda

    ReplyDelete
  3. hye thanks dear, good tips from u guys

    ReplyDelete

Powered by Blogger.