Header Ads

7 Petua barang dapur hilangkan kelemumur gatal.


  • Ramas daun nangka atau daun durian dengan sedikit air. Air ramasan itubolehlah dijadikan syampu.
  • Tumbuk sedikit halia hingga hancur. Sapukan pada kulit kepala sambil digosok-gosok. Kemungkinan berasa agak pedih tetapi sekejap sahaja. Lakukan sekerap mungkin.
  • Basuh beberapa biji buah mengkudu masak. Tumbuk sehingga hancur. Sapu di kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2x sebelum mandi.
  • Belah dua tiga biji limau nipis kemudian perahkan di atas rambut yang basah. Gosok-gosokkan bersama kulit limau tadi di atas kepala seminggu sekali
  • Ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. Rendam dalam besen yang berisi air (sekucupnya untuk membasuh rambut) semalaman. Gunakan air ini untuk membasuh rambut ketika mandi pagi. Ulangi setiap hari. Hasilnya kulit kepala tidak gatal lagi.
  • Ramas daun kesom yang telah dibersihkan sehingga hancur. Apabila sudah hancur, gosokkan pada kepala dan bungkuskan kepala dengan tuala bersih selama setengah jam. Kemudian barulah dicuci dengan air bersih. Amalkan 3x seminggu.
  • Ramas beberapa helai daun bunga raya di dalam air hingga keluar lendirnya. Kemudian, sapukan pada kepala. Balut dengan menggunakan tuala bersih serta biarkan selama setengah jam barulah dicuci seperti biasa. Amalkan 2x seminggu.



Sumber: Buku 1001 Petua 2004


Related image

.

2 comments:

  1. Hapuskan kelimumur!!! oh yeahh haha ^^ Nice tips! :D

    ReplyDelete
  2. Petua barang dapur hilangkan kelemumur gatal.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.