Header Ads

6 Petua mujarab boleh mengurangkan bau badan.



  • Perah sedikit lemon. Sental di bahagian ketiak dapat kurangkan bau selain tu dapat turunkan daki. Juga dapat mengurangkan minyak di kawasan tempat cepat berpeluh.
  • Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk lumat. Rebus sehingga mendidih, angkat dan biarkan suam. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Sebagai bilasan terakhir, gunakan air biasa.
  • Kupas sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan di bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan sebaik sahaja selepas mandi. Amalkan selalu.
  • Minum air rebusan daun sirih atau daun nanas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan selama seminggu dan lihat hasilnya.
  • Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkan 2x seminggu.

Sumber: Buku 1001 Petua 2004




Related image
Powered by Blogger.